Jus Delima Bio Emas Minuman Sunnah Terbaik Di Malaysia
Jus Delima Bio Emas Minuman Kesihatan Terbaik Di Malaysia

- Dr. Abd Razak Ibrahim MD.(UKM), MSc.BioChem.(USA)
Jus Delima Bio Emas
adalah formula yang dirumus khas oleh Dr. Abdul Razak bin Ibrahim
MD.(UKM), MSc.Biochem,(USA) hasil daripada kajiannya selama lebih tiga
tahun.
Jus
Delima Bio Emas adalah jenama makanan supplemen yang
dicipta oleh beliau daripada kombinasi ekstrak buah-buah pilihan yang
terdiri daripada ekstrak buah delima, minyak biji anggur, minyak biji
zaitun, kurma, manna, madu lebah dan diperkaya biji apricot dengan air
yang terbaik diatas muka bumi iaitu air zam-zam.
Selepas tamat
pengajian sarjana di universiti di Chicago, Amerika Syarikat, beliau
bekerja disebuah kilang membuat ubat di Amerika selama 10 tahun. Pada
masa itulah beliau mula membuat kajian ke atas alternatif ubatan herba.
Pada
masa lapangnya Dr Razak telah berkesempatan melawat ke penempatan yang
dihuni oleh orang-orang yahudi. Di sana beliau mendapati golongan tua
yahudi enggan menggunakan ubat-ubat moden sebaliknya mereka didapati
menyediakan ramuan sendiri untuk dijadikan ubat yang terdiri daripada
bijian anggur dan bijian zaitun serta delima yang ditumbuk bagi
mendapatkan ekstraknya.
Apabila ditanya oleh Dr Razak kenapa mereka lebih yakin kepada supplemen
yang dihasilkan daripada buah anggur, zaitun dan delima, orang yahudi
ini menyatakan kebaikan buah ini telah tercatat bukan sahaja dalam kitab
Injil bahkan juga dalam Kitab Suci Al Quran.
Bertolak
daripada insiden inilah telah mendorong Dr Razak memulakan kajian
terhadap lima jenis buah-buahan dan juga madu lebah serta manna atau
Arabic Gum.
Setelah melihat kesan positif ini, beliau bekerjasama
dengan seorang rakannya iaitu Encik Nordin Haji Jusoh untuk mengeluarkan
secara komersial dengan menggunakan jenama
Jus Delima BIO EMAS .
Mereka telah memilih kilang milik Syarikat Sidratul Corporation di Kuala Kangsar, Perak sebagai pehak yang mengilangkan
Jus Delima Bio Emas.
Pemilihan kilang ini adalah atas asas bahawa kilang ini mengamalkan
konsep IMP iaitu Amalan Pengilangan Mengikut Kehendak Islam.
Di bawah ini adalah fakta mengenai kehebatan buah-buah yang menjadi komponen
Jus Delima Bio Emas:
Buah Zaitun : Khasiat dan Keistimewaannya "
Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina".
(Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran
berkenaan dengan buah zaitun 7 kali di mana sebanyak 2 kali ia di sebut
bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama
dengan buah-buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tin..
Ini
menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri
yang jarang diketahui dan diselidiki. Gambaran ini menunjukkan betapa
banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang
mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat. Minyak zaitun
mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan:
1 Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan.
2.
mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
3.
Membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
4.
Jika
minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai
pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
Dari
sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak
tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu
merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.
Satu kajian yang
telah dijalankan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat
perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa di
negara yang rakyatnya mengamalkan pengambilan daging yang kerap tetapi
rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit
kanser yang tinggi tetapi dengan pengambilan minyak zaitun akan
mengurangkan kadar kes tersebut.
Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar-pakar sains mendapati diet dengan minyak zaitun akan
mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya.
Di
samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan
bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Sekarang,
penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu,
pengambilan
minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan
‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping
mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung.
Di
samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan
seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini
kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai
bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan.
Oleh itu,
sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi. Minyak
masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali
menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak
elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut
memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau.
Berbeza dengan
minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan
mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah
dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan
minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang
akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada
penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak
kandungan zat yang bermanfaat.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "
Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)”.
Dengan
ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun,
memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak,
minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai
makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun
merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai
untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al
Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan
keistimewaannya.
Biji Anggur Dan Khasiatnya
Minyak Biji Anggur perahan sejuk (MBA) mengandungi fitonutrien khusus
yang didapati di dalam anggur dikenali sebagai Polifenol. Fitonutrien
ini memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
Pada tahun
1985, Prof Jacques Masquelier mendapati polifenol yang terkandung dalam
anggur dan bijinya mengandungi Oligomere Proanthrocyanidin (OPC) yang
lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain. OPC merupakan
antipengoksida paling berkesan dan melindungi tisu-tisu daripada
pelbagai kecederaan pengoksidaan. OPC juga 50 kali lebih kuat daripada
Vitamin E dan 30 kali lebih kuat daripada vitamin C.
Biji Anggur merupakan sumber terbaik fitonutrien termasuk sebatian fenolik seperti Catechin, Epicatechin, Vitamin E dan Lesitin.
Ia adalah agen antipengoksida bioaktif yang paling berkesan membantu
menguatkan sistem imun dan menurunkan kolasterol menghalang pembetukan
darah beku memusnahkan radikal bebas yang berbahaya.
"Minyak
Biji Anggur mengandungi OPC terbaik dan tertinggi dalam sumber
semulajadi. OPC's ialah antioksida yang utama dan penting &
mempunyai kekuatan 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih
kuat dari Vitamin C"
MINYAK BIJI ANGGUR adalah
semulajadi, serta tiada kesan sampingan. Nikmatilah kelebihan kandungan
OPCnya yang tinggi iaitu satu agen antipengoksida bioaktif yang paling
berkesan. Ia dapat membantu menguatkan sistem imun, menurunkan
kolasterol, menghalang pembetukan darah beku dan memusnahkan radikal
bebas yang berbahaya.
Firman Allah bermaksud.”
Kami
adakan di bumi kebun-kebun yang berisi pohon-pohon kurma dan buah-buah
anggur dan kami pancarkan di sana mata air, supaya mereka makan
buah-buahnya dan apa-apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Tiadakah
mereka berterima kasih (kepada kami).”
Manafaat kesihatan OPC
Bertindak sebagai antiopengoksida yang unggul dengan melindungi sel di dalam badan daripada dimusnahkan oleh radikal bebas
- Menurunkan
paras kolasterol LDL, dengan itu risiko penyakit kardiovaskular juga
berkurang (serangan jantung, angin ahmar,edema dan thrombosis)
- Mengurangkan pengumpulan platelet, dengan itu menurunkan risiko arterioklerosis
- Meningkatkan kekuatan dan kekenyalan salur darah, melindunginya daripada pecah, kebocoran dan degenerasi dalm badan.
- Merencat pembengkakan (ederma) dan keradangan.
- Melegakan masaalah berpunca daripada vena varikos.
- Mengurangkan kecenderungan ke arah Retinopati Diabetes.
- Memperbaiki kesihatan kulit dengan mengurangkan kerosakan, meningkatkan bekalan nutrien dan meningkatkan kekenyalannya.
Buah Delima: Khasiat dan Keistimewaannya
Sejak dulu,delima memang sudah dimanfaatkan sebagai makanan yang kadang
kadang diolah menjadi minuman segar. Tak jarang pula diolah menjadi
ubat penyembuh pelbagai penyakit.Seluruh bahagian tumbuhan delima ini
boleh dimanfaatkan sebagai ubat. Mulai dari kulit kayu, kulit akar,
kulit buah, daun, biji dan bunganya. Untuk penggunaan kulit akar,
biasanya dikeringkan dahulu. Sementara pengolahan kulit buah boleh
digunakan secara segar atau setelah dikeringkan. Khasiat delima ini
memang luar biasa banyaknya. Kulit buah digunakan untuk:
- meredakan sakit perut kerana cacingan,
- buang air besar mengandung darah dan lendir (disentri),
- diarea kronis,
- perdarahan seperti buasir berdarah,
- muntah darah,
- batuk darah,
- perdarahan rahim,
- perdarahan rektum,
- prolaps rektum,
- radang tenggorok,
- radang telinga,
- keputihan (leukorea) dan nyeri lambung.
Kulit
akar dan kulit kayu digunakan untuk cacingan, terutama cacing pita
(taeniasis), batuk, diarea. Bunga digunakan untuk penyembuhan radang
gusi, perdarahan dan bronkchitis. Buahnya boleh juga dimanfaatkan untuk:
- menurun berat badan,
- cacingan,
- sariawan,
- tenggorokan sakit, suara parau,
- tekanan darah tinggi,
- sering kencing,
- rematik (artritis),
- perut kembung.
- Biji-bijinya juga dipakai sebagai ubat penurun demam, batuk, keracunan dan cacingan.
Berdasarkan
penelitian, kulit akarnya yang banyak menyimpan senyawa- senyawa
alkaloid, antara lain pelletierin. Senyawa ini berguna untuk pengubatan
cacingan. Sementara tumbukan buah atau seduhannya berguna untuk
menghentikan cirit birit atau disentri.
Air rebusan bunganya boleh
dijadikan alternatif pereda sakit gigi. Selain alkaloid, dalam kulit
akar, kulit batang dan buah, terkandung zat penyamak. Zat ini berkhasiat
untuk mengecilkan puri-puri, antiseptik dan hemostatik yang baik untuk
keputihan.Jus buah delima pula dipercayai mampu mengurangkan penyakit
jantung dan penumpukan lemak.
Selain itu,delima mengandung
antioksidan yang luar biasa tinggi, kerana itu ia juga boleh
dimanfaatkan untuk menangkis serangan radikal bebas.
Buah Kurma: Khasiat dan Keistimewaannya
Nama
botani kurma adalah dactylifera phoenix. Kurma segar memiliki isi
berserat lembut dan rasanya sangat manis, seperti campuran sirap gula
dan madu. Buah kurma berisi gula sederhana seperti fruktosa dan
dekstrosa yang mudah dicerna dan cepat membekal tenaga kepada tubuh.
Rincian kandungan zat kurma (per 100 g) (Sumber: USDA National Nutrient
Database) Unsur Nilai Nutrisi/zat % kecukupan
- Energi 277 Kkal - 14%
- Karbohidrat 74,97 g - 58%
- Protein 1.81 g - 3%
- Total Lemak 0.15 g <1%
- Kolesterol 0 mg - 0%
- Serat makanan 6.7g - 18%
- Asid Folat 15 mcg 4%
- Niacin 1,610 mg 10%
- Niacin 0.805 mg 16%
- Piridoksin 0,249 mg 19%
- Riboflavin 0,060 mg 4.5%
- Thiamin 0.050 mg 4%
- Vitamin A 149 IU 5%
- Vitamin C 0 mg 0%
- Vitamin K 2,7 mcg 2%
- Sodium 1 mg 0%
- Potasium 696 mg 16%
- Kalsium 64 mg 6.5%
- Tembaga 0.362 mg 40%
- Besi 0.90 mg 11%
- Magnesium 54 mg 13%
- Mangan 0.296 mg 13%
- Fosfor 62 mg 9%
- Seng 0.44 mg 4%
- Beta karoten 89 mcg –
- Lutein-zeaxanthin 23 mcg –
Kandungan nutrisi kurma
Kurma memiliki kandungan nutrisi yang bermanfaat bagi tubuh. Senarai di
atas menunjukkan kandungan gizi dan unsur non-gizi yang ada pada kurma.
Kurma matang mengandung gula sekitar 80%, sisanya terdiri dari protein,
lemak dan produk mineral termasuk tembaga, besi, magnesium dan asid
folat. Kurma kaya dengan serat dan merupakan sumber kalium yang sangat
baik. Lima butir kurma (sekitar 45 gram) mengandung sekitar 115 kalori,
hampir semuanya dari karbohidrat.
Khasiat buah kurma
- Memakan kurma secara teratur, menunjukkan tingkat kejadian yang sangat rendah dari kanker dan penyakit jantung.
- Buah kurma kaya serat yang mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus.
- Kandungan
serat kurma juga membantu melindungi selaput lendir usus dengan
mengurangi paparan dan mengikat bahan kimia yang menyebabkan kanser usus
besar. Sebagai makanan laksatif (laxative food).
- kurma bermanfaat melancarkan buang air besar dan mencegah konstipasi.
- Kurma
mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui
bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
- Kurma
adalah sumber vitamin A, yang dikenal memiliki sifat antioksidan dan
sangat penting untuk kesihatan mata. Vitamin A juga diperlukan menjaga
kulit tetap sehat. Konsumsi buah-buahan alami yang kaya akan vitamin A
diketahui membantu melindungi dari kanser paru-paru dan rongga mulut.
- Kurma
merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Besi adalah komponen dari
hemoglobin di dalam sel darah merah yang menentukan daya dukung oksigen
darah.
- Kalium dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan
cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan
darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung
koroneri dan stroke.
- Kalsium merupakan mineral penting dalam
pembentukan tulang dan gigi, dan diperlukan oleh tubuh untuk kontraksi
otot, penggumpalan darah dan konduksi impuls saraf.
- Mangan digunakan oleh tubuh sebagai unsur pendukung untuk enzim antioksidan superoksida dismutase.
- Tembaga diperlukan dalam produksi sel darah merah.
- Magnesium sangat penting bagi pertumbuhan tulang.
Kurma
kaya akan vitamin K dan vitamin B-kompleks, iatu piridoksin (vitamin
B-6), niacin, asid pantotenat dan riboflavin. Vitamin ini membantu tubuh
dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K sangat
penting dalam pembekuan darah dan metabolisme tulang.
Kalau begitu, betul sekali anjuran Nabi Muhammad untuk mengawali berbuka puasa dengan tiga butir kurma!
Manna atau Arabic Gum Khasiat dan Keistimewaannya
Banyak
kajian saintifik keatas Manna mendapati ia sangat berkesan digunakan
sebagai Prebiotik. Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition
2008-March, membandingkan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik.
Kajian
klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin
10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan
Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi
pada sample Gum Arabic berbanding Inulin.
Ini bermakna Manna
adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk
Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.
Antara kajian lain yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :
Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
- Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
- Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
- Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
- Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium. .
- Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
- Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang. .
- Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).
Kajian
klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan
pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan
lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan
penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation
yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang
(renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).
Kajian Cardiff
University keatas pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi
25gm Manna selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam
tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap
kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang
seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang
(progression of renal dis.).
Kajian lain pula (Hyderabad India)
mendapati penggunaan 20gm Manna mampu mengurangkan paras gula dalam
darah. Kajian keatas tikus (Sultan Qaboos University) menjukkan ada
kesan keatas imbangan elektrolit, vitamin D dan alahan kepada manusia.
Manna
adalah demulcent dan melegakan radang membran mukus dan digunakan
terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Manna di
dalam product mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran
pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk,
selsema, sakit mata dan cirit birit.
Kajian yang diterbitkan oleh
Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan
Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal ke atas manusia yang diberi
Manna 10gm dan Inulin 10gm setiap hari selama 4 minggu menunjukkan
pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk
Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sampel Manna
berbanding Inulin.
Ini bermakna Manna adalah Prebiotik semulajadi
yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak
merangsang bakteria bukan Probiotik.
Air Zam-zam: Khasiat dan Keistimewaannya
Tidak
ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan
juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Kehebatan Air Zam-Zam
Mengandungi Zat Anti Kuman Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan
Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang
ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah
dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam,
mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang
keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya
sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini.
Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang
selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw
menjelaskan: ”
Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi nutrisi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “
Air
zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika
engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah
menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang,
maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa
hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air
tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (
HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah
(S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari
kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu
digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan
kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang
dilakukan di makmal, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang
lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar
Makah:
- Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi
dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan
kesan penyembuhan.
- Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
- Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya
lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering,
telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah
kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar
jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air
zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan. Ini terbukti ramai
jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan
keajaiban air zam-zam. Sodium 1 mg 0%perdarahan seperti buasir
berdarah,Piridoksin 0,249 mg 19%∓Meningkatkan kekuatan dan kekenyalan
salur darah, melindunginya daripada pecah, kebocoran dan degenerasi dalm
badan.
MINUM JUS DELIMA BIO EMAS ANDA JADI SEHAT . KUAT . CERGAS
sumber rujukan:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12618495
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11052704
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11754562
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10432202
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12002340
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15554563
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14739618
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16379557
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15383219
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15383219
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15744587
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18202771
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15528976
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16479165
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16192356
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18479901
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16480662
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16920736
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17389758
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18154485
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15182427
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16426830
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16448212
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14585180
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15455341
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18717570
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16613491
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15117547
US National Library of Medicine National Institutes of Health